KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SR MAJLIS SUKAN SEKOLAH (MSSD) MANJUNG 2026
Pasukan Sepak Takraw SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak telah menjadi JOHAN dalam kejohanan Sepak Takraw MSSD Manjung 2026 sekolah rendah. Syabas dan Tahniah
Pasukan SKKDSK juga berjaya menggondol hadiah Pemain Tekong Terbaik iaitu Adik Muhammad Hakim Redza bin Rizwan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Sapri selaku Pengurus Pasukan, Encik Rizwan bin Naseh selaku Jurulatih dan Cikgu Rashid selaku Penolong Jurulatih atas komitmen, dedikasi serta bimbingan yang telah membawa pasukan melakar kejayaan.
Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa doa, sokongan dan kerjasama daripada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan. Semoga semangat kebersamaan ini terus membawa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan Sepak Takraw SK KDSK atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
#sedskasuccess
#skkpgdatoserikamaruddin
#anakmanjungkuhebat
#AnakBaikLagiCerdik

