Nature

SIMPAN FOTO

SEBUAH SEGMEN KHAS YANG PERLU DISEMPURNAKAN OLEH AHLI AKADEMI YOUTUBER.

segmen khas akademi youtuber 2ms world

Tugasan terakhir di Akademi Youtuber sebelu bergelar Graduan Akademi Youtuber (AYU), iaitu melengkapkan tugasan Segmen Khas. Setiap ahli AYU boleh membentuk pasukan sekurang-kurangnya berempat dan bersiaran selama 10 minggu dengan memilih topik yang sesuai dan menarik serta berkaitan dengan PENDIDIKAN. Pendidikan tidak terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja, pendidikan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa sempadan. 

Saya telah memilih pasukan berempat yang terdiri daripada:

1.  Cikgu Pak Malau, saya sendiri

2.  Cikgu Syenari

3.  Cikgu Siti Rahimah

4.  GB Mizz Anie 

LOGO 2MS WORLD

logo 2ms world

Tidak dilupakan juga, disebalik tabir dalam menguruskan hal-hal teknikal sepanjang segmen berlangsung selama 10 minggu ini ialah Cikgu Zuly. Terima kasih kepada Cikgu Zuly yang juga merupakan mentor dan ketua jurulatih di AYU yang setia bersama kami.

Kami telah menamakan kumpulan kami 2MS World. 2 MS bermaksud, dua orang guru bermula dengan huruf M, iaitu Mazni dan Mizz Anie dan dua S ialah, Syenari dan Siti Rahimah. Manakala WORLD pulak dalam segmen kami, kami akan menjelajah ke seluruh dunia.

Alhamdulilah, segmen kami mendapat sambutan dan 10 minggu terasa singkat bila segmen ini tamat. Sepanjang segmen berjalan, kami menawarkan pelbagai hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz. Soalan kuiz berdasarkan segmen ini akan dipos kepada semua pelajar yang memenanginya.

Anda boleh saksikan VIDEO SEGMEN KHAS Kumpulan 2MS WORLD di link di bawah. Bermula Minggu 1 hinga Minggu 10

  1. VIDEO MINGGU 1
  2. VIDEO MINGGU 2
  3. VIDEO MINGGU 3
  4. VIDEO MINGGU 4
  5. VIDEO MINGGU 5
  6. VIDEO MINGGU 6
  7. VIDEO MINGGU 7
  8. VIDEO MINGGU 8
  9. VIDEO MINGGU 9
  10. VIDEO MINGGU 10
Oleh kerana permintaan dan sambutan yang menggalakkan dari para pelajar, 2MS world bersambung satu minggu lagi, iaitu Minggu 11


Poster dan Thumbnail sepanjang 11 minggu kami bersama. 2MS World telah membuatkan kami seolah-olah satu keluarga walaupun tidak bersemuka cuma bersembang di alam maya sahaja. Tetapi keakraban dan kemesraan tidak dapat dinafikan. Suka dan duka sepanjang hampir 3 bulan tidak dapat dilupakan. Biarlah semua video segmen khas di atas menjadi kenangan kami selamanya.

Selamat menonton. SAKSIKAN LAKONAN SPONTAN setiap permulaan segmen. 



















































Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau