Nature

TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV

 TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV (1849 - 1936)

TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV

Teori Pembelajaran Behavioris pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watson. Manakala Teori Pelaziman Operan juga dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner.

TOKOH-TOKOH BEHAVIORIS
TOKOH-TOKOH BEHAVIORIS
Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936)Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik berfokus kepada pengeluaran air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep rangsangan dan gerakbalas).Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. 

KONSEP PELAZIMAN KLASIK
Konsep Pelaziman Klasik

Pavlov juga menyifatkan bahawa pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah(2009), pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral yang berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa.

Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, 

Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. 

Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah dan teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997). 

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). 

Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.


Eksperimen Teori Ivan Pavlov terhadap seekor anjing

Kesimpulan kajian Pavlov ialah:

1. Penguasaan (Acquisition) 
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan. 

2. Generalisasi(Generalisation) 
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan  sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. 

3. Diskriminasi (Discrimination) 
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur. Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. 

4. Penghapusan (Extinction) 
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus. 

Implikasi Teori Pavlov ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ini dapat meningkatkan kesedaran guru tentang rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. 

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. 

Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. 

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post