Nature

TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B WATSON

 TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B WATSON (1878 - 1956)

teori pelaziman klasik J B Watson 1878 - 1956

Teori Pembelajaran Behavioris pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watson. Manakala Teori Pelaziman Operan juga dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner.


Watson percaya semua perbezaan tingkah laku individu adalah disebabkan oleh perbezaan pengalaman pembelajaran. Watson juga melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal). Beliau pernah berkata,

“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchant-chief and, yes, even beggar-man and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of his ancestors”. (Watson, 1924, as cited in Classical Conditioning, n.d)

Eksperimen Watson dan Little Albert

Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur 11 bulan yang diberi nama “Little Albert”. Seperti gambarajah di atas, Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada tikus ini, malah boleh bermain dengannya. Namun, beberapa saat selepas memperkenalkan tikus putih tersebut, Watson mengetuk penukul pada palang besi yang tergantung di belakang Albert. Bunyi hentaman tersebut menyebabkan bayi terkenaan menangis dengan kuat.

Kejadian tikus bersama ketukan penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturut-turut dan setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akan terus mengangis apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi ketukan penukul. Watson telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus putih dengan bunyi hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan juga menunjukkan rasa takut terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih (generalisasi).

Di samping itu, Watson juga menunjukkan perkaitan antara pelaziman klasik dengan fobia. Pemerhatian ke atas Little Albert 10 hari selepas pelaziman menunjukkan rasa takut yang berkurangan (penghapusan), namun rasa takut ini berkekalan selepas sebulan.

Watson juga mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang.

Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi positif di kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan berdisiplin dapat membentuk persekitaran psikososial yang positif, yang seterusnya mempengaruhi emosi pelajar.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post