Nature

KENANGAN DI SK JAPAN PASAR 1 KL

 Kenangan Mengajar di SK Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur.

sk jalan pasar 1 sejasa

SK Jalan Pasar 1, Jalan Rusa Kuala Lumpur merupakan sekolah pertama saya. Mula mengajar di situ pada 11 Disember 1995. Pada masa ini Cikgu Ali Munam merupakan Guru Besar. Saya bersama rakan satu Maktab Perguruan Ipoh Pera, iaitu Cikgu Yusree dan Cikgu Mohd Zahir mendapat sekolah yang sama dari kelas yang sama di maktab yang sama kelas BM 3. Serta arwah Cikgu Anita dari kelas BM 1.

Pada masa ini SK Jalan Pasar 1 berkongsi bangunan dengan SK Jalan Pasar 2. Berkongsi bilik darjah, kantin, padang, pusat sumber, bilik guru. Cuma pejabat sahaja yang lain-lain.

Selama 8 tahun mencurahkan bakti di SK Jalan Pasar 1 (SEJASA) ini perlbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kisah suka dan duka. Menghasilkan Taman Biotek Sejasa yang dirasmikan oleh Pengarah JPN WPKL merupakan satu kenangan yang paling best. Membina lanskap di SEJASA daripada simen FERRO. Belajar dari pada Abang Sahar. Semua ini dihasilkan bersama rakan-rakan di SEJASA, peneraju utama Cikgu Sobri Omar dan Cikgu Abduullah Abd Hamid, serta beberapa guru yg lain seperti Cikgu Pijun, Cikgu Omar, Cikgu Zamri, Cikgu Azhar dan beberapa orang guru SK Jalan Pasar 2 yang membantu, iaitu Cikgu Shukri dan Cikgu Zainidi. 

Panorama SEJASA dalam kenangan.



















Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post