Nature

PENDIDIKAN AWAL CIKGU PAK MALAU

PENDIDIKAN AWAL CIKGU PAK MALAU

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 6 Sanglang Kedah yang kina telah bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya. Memasuki Darjah 2 dan 3 saya sempat bersekolah di SK Felda Neram 1 Kemaman Terengganu. Kemudian Darjah 4 pulang semula ke SK Haji Wan Tahya.

Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pulau Nyior Jitra Kedah (SMPN). Ditawarkan masuk ke asrama SPMN atas tiket sukan. Ini kerana pada Darjah 6, saya telah berjaya mewakili negeri Kedah ke MSSM Olahraga bagi acara 100m dan 200m. Pada masa itu, peperiksaan Penilaian Darjah 5 saya mendapat 3 A 2 B sahaja. 

Selama 7 Tahun duduk di asrama SMPN bermula dari tingakat 1 hingga tingkata 6 atas. Berjaya lulus cemerlang dalam SRP dan Pangkat 1 dalam SPM dan lulus dalam STPM.

Tahun 1993, saya berjaya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ipoh Perak, Hulu Kinta. Selama 2 tahun 6 bulan di sana. Akhirnya ditempatkan di sekolah pertama di SK Jalan Pasar 1 Kuala Lumpur. Hampir 8 tahun di sana, baru bertukar ke negeri Perak bermula tahun 2002. 

SK HAJI WAN YAHYA SANGLANG KEDAH

SK FELDA NERAM 1 KEMAMAN TERENGGANU


Maktab Perguruan Ipoh Perak

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau