JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MANJUNG (MSSD) 2026
Pasukan Olahraga SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak telah berjaya menjadi JOHAN KESELURUHAN dalam Kejohanan Olahraga MSSD Manjung 2026. SKKDSK telah berjaya memungut 7 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa. Selain itu, SKKDSK juga berjaya meraih ANUGERAH OLAHRAGAWATI P12 iaitu adik Nur Aiqish Damia binti Suhardi.
Syabas dan Tahniah kepada semua.
TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada Cikgu Mohd Ihsan selaku Ketua Jurulatih bersama guru-guru Cikgu Norhidayah, Cikgu Deanne, Cikgu Nor Najihah dan Cikgu Nor Qalby.
Terima kasih juga kepada Cikgu Mazni PK Kokurikulum, barisan pentadbir dan semua warga sekolah.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta kerjasama erat antara murid, jurulatih, guru dan ibu bapa. Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan yang membanggakan ini.




