Nature

CARA KIBAR JALUR GEMILANG DENGAN BETUL

CARA KIBAR JALUR GEMILANG DENGAN BETUL

Tip Kibar Jalur Gemilang


Cara kibar Jalur Gemilang dengan betul.
Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara MELINTANG sahaja.

Jalur Gemilang dipasang MELINTANG

Jalur Gemilang TIDAK BOLEH digantung secara terbalik


Jalur Gemilang saiz biasa TIDAK BOLEH digantung secara menegak.

Jalur Gemilang berbentuk Flagline BOLEH dikibarkan secara MELINTANG SAHAJA.

Jalur Gemilang berbentuk flagline TIDAK BOLEH dikibarkan secara menegak.


Cara Kibar Banner Malaysia (seperti gambar di atas)

Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia BERMULA DENGAN JALUR BERWARNA MERAH dan DIAKHIRI DENGAN JALUR BERWARNA PUTIH.

Banner Malaysia harus MEMPUNYAI BENTUK EKOR DI BAWAH yang berukuran 1/8 daripada panjangnya.

Banner Malaysia TIDAK BOLEH dikibarkan secara melintang
seperti gambar di bawah


Penggunaan Jalur Gemilang dalam infografik tanpa bertindih dengan teks dan gambar.
Penggunaan motif asas Jalur Gemilang dibenarkan iaitu merah, putih, biru dan kuning sahaja.

TIDAK BOLEH

Digunakan pada objek seperti songkok, bola, kasut dan sebagainya yang dilukis atau dibalut dengan Jalur Gemilang.
Jalur Gemilang tidak boleh bertindih dengan teks atau gambar dalam infografik.
Penggunaan Jalur Gemilang dalam pelbagai gaya dan bentuk sehingga merubah rupa fizikalnya untuk apa jua tujuan.
Penggunaan Jalur Gemilang dalam pelbagai gaya seperti alas meja, langsir, pelitup muka, tudung, tanjak, sampin, pakaian dan sebagainya.

HORMATI JALUR GEMILANG

JANGAN lap tangan yang kotor menggunakan Jalur Gemilang
JANGAN biarkan Jalur Gemilang meleret ke tanah ketika menurunkannya.
JANGAN berbual semasa Jalur Gemilang dinaikkan dan lagu Negaraku dinyanyikan.
JANGAN guna Jalur Gemilang sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda kecuali sebagai tanda penghormatan contohnya menutup kereta rasmi semasa acara rasmi sahaja.
JANGAN letak Jalur Gemilang di atas tanah.

CARA LUPUS JALUR GEMILANG

Dibakar secara tertutup dan bukan di tempat awam.
TIDAK BOLEH dibuang ke dalam tong sampah.













Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post