Nature

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 24 SEDSKA TAHUN 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 24

SK KPG. DATO' SERI KAMARUDDIN
SERI MANJUNG, PERAK
TAHUN 2024


Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kpg Dato' Seri Kamaruddin kali ke 24 tahun 2024 telah diadakan pada Sabtu 27 April 2024 yang lalu. Mesyuarat pada kali ini berlainan sedikit kerana ianya sekali dengan Sambutan Aidilfitri bersama Ibu Bapa dan Guru-Guru. 

Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh YDP Dr Ahmad Razif bin Omar. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan Lantikan Jawatankuasa bagi sesi seterusnya, ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengekalklan AJK yang sedia ada. 

Cabutan bertuah juga diadakan selesai sahaja mesyuarat. Habis mesyuarat Agung ini, semua ibu bapa dan guru merayakan sambutan Aidilfitri 1445H/2024M. Sambutan diserikan dengan kehadiran tetamu VIP seperti Tuan PPD Manjung, Timbalan PPD Manjung, jawatankuasa Masjid Kpg. Dato' Seri Kamaruddin, Bekas-Bekas Guru, dan tetamu yang lain.

Sambutan raya ini juga diserikan dengan persembahan KUGIRAN oleh kumpulan Band Cikgu Shaari. Mereka menghiburkan hadirin yang hadir dengan lagu-lagu raya.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG KE 24









JAWATANKUASA PIBG

PERSEMBAHAN BAND CIKGU SHAARI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA 2024


GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA WARGA SEKOLAH BERSAMA PIBG SEDSKA















Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post