Nature

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023, SK KPG. DATO' SERI KAMARUDDIN

permulaan merentas desa

Kejohana Merentas Desa Peringkat Sekolah 2023

SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak

Khamis 15 Jun 2023, 7.30 pagi hingga 9.00 pagi

Alhamdulilah, selesai sudah satu acara besar sekolah iaitu Merentas Desa. Acara ini disertai oleh semua murid sesi pagi yang melibatkan murid Prasekolah, PPKI, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. 

Peserta pertama yang dilepaskan ialah Tahun 6 lelaki dan diikuti oleh Tahun 6 perempuan. Peserta terakhir ialah Tahun 3 lelaki dan perempuan. Bagi peserta tahun 4 hinga 6 mereka berlari sejauh 3 KM dan murid Tahun 3, Prasekolah serta PPKI berlari 1.5 KM. 

Semua peserta berjaya menamatkan larian mereka dan peserta terakhir yang sampai ialah pada pukul 8.50 pagi. Acara penyampaian hadiah diadakan pada jam 9.00 pagi. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar Puan Noor Azrina binti Mazlan.

Tahniah kepada semua pemenang. Yang terpilih akan mewakili sekolah ke Merentas Daerah pada 21 Jun 2023. 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan.



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post