Nature

TENTU ARAH KIBLAT

 TENTU ARAH KIBLAT 28 MEI 2023

arah kiblat kaedah bayang

Alhamdulilah, petang (28 Mei 2023) tepat jam 5:18 petang, aku mengambil kesempatan untuk menentukan arah kiblat yang betul. Kebetulan pula cuaca baik hari ini. Kaedah menentukan arah kiblat dengan melihat bayang. 

Menurut Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Umat Islam berpeluang menyemak arah kiblat di tempat masing-masing berikutan fenomena Istiwa A’dzam atau kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah yang akan berlaku jam 5.18 petang ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memaklumkan perkara itu menasihati umat Islam agar menyemak ketepatan arah kiblat sedia ada kerana peluang itu hamya muncul dua tahun sekali.

“Fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada 28 Mei 2023, Ahad bersamaan 8 Zulkaedah 1443H – 5:18 PM (waktu Malaysia).

“Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun.

“Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing,” katanya Jakim yang dimuatkan di akaun rasmi Facebook, hari ini.



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post