Nature

SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA

 SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA

SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA

Sastera kanak-kanak secara umum : sesuatu yang mudah, iaitu buku yang ditulis untuk kanak-kanak & dibaca oleh kanak-kanak (Hunt, 1994)

Ditulis untuk kanak-kanak - buku kanak-kanak, terbitan khas untuk kanak-kanak

Dibaca oleh kanak-kanak - Alice’s Advanture in Wonderland/Sleeping Beuty ditulis untuk kanak-kanak tetapi dihargai oleh orang dewasa.
The Prince and the Pauper, Gulliver’s Travel, Robinson Crusoe & Don Quixote ditulis untuk orang dewasa tetapi sangat popular di kalangan kanak-kanak & remaja.

Contoh Sastera Kanak-Kanak
  

Buku Katrun Lat.
Digemari oleh segenap lapisan masyarakat termasuk dewasa@kanak-kanak walaupun watak utama & ceritanya berpusat pada alam kanak-kanak.


Novel Fantasi Harry Potter.
Menggunakan kanak-kanak sebagai watak utamanya tetapi dibaca oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Kaedah penulis:
  • single address - kanak-kanak semata-mata
  • double address - kanak-kanak dan orang dewasa
Kandungan
  • Sastera kanak-kanak - penekanan terhadap aksi, watak kanak-kanak, isi lebih pendek, huruf lebih besar dan gambar yang banyak
  • Buku dewasa - lebih berkaitan refleksi, huraian, penulisan ilmiah.
Ciri-ciri
  • Ciri didaktisisme - nilai pengajaran
  • Penulis bertanggungjawab menyampaikan  nilai-nilai budaya dan nilai murni kehidupan secara langsung atau tidak langsung.
CIRI-CIRI SASTERA KANAK-KANAK
  • Subjek yang konkrit dan biasa, iaitu subjek yang bukan abstrak dan bukan asing
  • Genre yang dapat dibezakan dengan jelas seperti kisah pengembaraan, kisah keluarga, kisah alam persekolahan dll.
  • Satu plot utama yang jelas tanpa plot-plot sekunder @ plot-plot kecil yang kompleks
  • Penyusunan peristiwa yang langsung, iaitu biasanya secara kronologi
  • Watak-watak yang terhad, mudah diingat, bersifat pipih sama ada jahat@baik.
  • Latar cerita dilukiskan dalam suasana yang biasa bagi kanak-kanak, rapat dengan dunia mereka dan mereka dapat kaitkan dengan kehidupan mereka secara mudah.
SASTERA DAN PERKEMBANGAN

Di barat, semua teks pratahun 1700 dianggap sebagai teks untuk golongan kanak-kanak dan remaja.

Dunia Islam, kanak-kanak didedahkan dengan kitab-kitab keagamaan, termasuk Al-Quran atas tuntutan & kewajipan agama

Di negara kita terbahagi kepada tiga tahap

Tahap permulaan - pengembangan-pengembangan agama Kristian dari England & Amerika bertapak di Negeri-negeri Selat untuk menyebarkan ajaran agama Kristian

Tahap Kedua - perkembangan yang diterajui oleh Pejabat Karang-Mengarang melalui sokongan penguasa pendidikan kolonial dan kerjasama penerbit, pencetak dan pengedar Inggeris.

Tahap Ketiga - negara mencapai kemerdekaan dan penerbit-penerbit tempatan muncul bersama-sama dengan kedatangan lebih banyak penerbit antarabangsa yang membuka operasinya di Malaysia.

DARI MANA DATANGNYA KARYA DAN TOKOH-TOKOH SASTERA KANAK-KANAK
  • DBP telah menjadi penggalak ke arah penulisan yang lebih serius kepada mereka yang berminat dalam bidang ini.
  • Bakat-bakat baru dicungkil dalam bengkel, seminar, dialog dan majlis-majlis khas yang telah dijalankan oleh DBP.
  • Selain itu, DBP juga telah menganjurkan peraduan, pertandingan dan sayembara sastera untuk mencungkil bakat dan sastera dalam bidang ini.
  • Peraduan-peraduan yang dijalankan telah melahirkan novelis-novelis yang akhirnya menjadi sasterawan tempatan.
Sejak tahun 1978, DBP telah menganjurkan Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak dan karya-karya yang memenangi peraduan dibukukan dan diulang terbit dalam beberapa edisi.

2004 - Ibu Yang Kusayang, Anak Warisan Zaman. Merbuk

DBP juga menerbitkan karya kanak-kanak untuk mengasah bakat serta memberikan motivasi kepada mereka untuk berkarya. Karya-karya yang dihasilkan diselenggara oleh DBP.

1993 - IIndahnya Alamku        1994 - Tersayang        1994 - Sahabat Asing

TOKOH & KARYA
  1. Baharuddin Omar - Hilangnya Entah ke Mana
  2. Ghazali Layeh - Laman Opah
  3. Halis Ashan Mohd Hanafiah - Seperti Mengejar Pelangi
  4. Zamidah Hashim - Kanang
  5. Suniranto Shukor - Satu Kelainan
  6. Norazlin Busah - Kisah Sebiji Durian
  7. Izwar Fahmi Hawari - Angkara Siapa
Kesimpulan
  • Kebanyakan penulis buku kanak-kanak yang terkenal pada tahun 1970-an hingga 1980-an di Malaysia mendapat motivasi daripada DBP.
  • DBP telah mengukuhkan kepengarangan penulis-penulis mapan dan menjana penulis-penulis baharu.
  • Antara penulis baharu yang bergiat cergas mulai tahun 1980-an ialah Mohd Ismail Sarbini, Zailiani Taslim, Ghazali Ngah Azia, Khairuddin Ayip, Hamdan Raja Abdullah, Abu Hassan Morad, Iskandar Dzulkarnain, dan Azmah Nordin.
  • Kebanyakkan karya mereka popular untuk kanak-kanak dan remaja.





Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post