Nature

KEBENARAN MEMAKAI BAJU SUKAN SEMASA CUACA PANAS

KEBENARAN KHAS KEPADA MURID, GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA MEMAKAI PAKAIAN SUKAN SEMASA CUACA PANAS

pakai baju sukan semasa cuaca panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara. Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertemia atau strok haba dan hidrasi.

Sehubungan dengan itu, mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi menggelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan, KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian/baju sukan yang sopan semasa cuaca panas. Kebenaran khas ini tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian/baju sukan masing-masing.

MUAT TURUN SURAT.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post