Nature

TEKNIK DAN AKTIVITI PDP - PANTOMIN

 Teknik dan Aktivti Pengajaran dan Pembelajaran Pantomin

Pantomin

Definisi

Pantomin bermaksud sandiwara yang mana pelakon-pelakonnya hanya melakukan gerak-geri sahaja tanpa menuturkan kata-kata. 

Istilah pantomin berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud isyarat. 

Pantomin juga dikenali sebagai pertunjukan bisu 

Aplikasi Pantomin
  • Pelakon yang terlibat tidak boleh bersuara. 
  • Hanya melakonkan pergerakan yang sepadan dengan dialog semasa di atas pentas. 
  • Setiap pelakon perlu bijak untuk berfikir jenis pergerakan. 
  • Dua orang murid berlainan jantina yang fasih berkata-kata akan dipilih untuk membaca skrip di hadapan mikrofon dan pada masa yang sama melafazkan dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul tetapi di luar pentas. 
  • Maknanya dua orang murid yang membaca skrip ini tidak termasuk dalam kumpulan pelakon berkenaan. 
Kelebihan Teknik Pantomin
  1. Dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk beraksi kerana tidak perlu untuk menghafaz dialog.
  2. Menggalakkan kemahiran berfikir kerana persembahannya tidak hanya terhad kepada melakonkan cerita tetapi juga cetusan peristiwa secara simbolik.
  3. Sesuai dalam pengajaran puisi kerana keberkesanan penghayatan isi dan maksud puisi. 
  4. Dapat melatih pelajar membuat pelbagai tafsiran terhadap sesuatu yang mereka lihat.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post