Nature

APAKAH BODMAS (KU BA DA TA TO) ?

 APAKAH BODMAS (KU BA DA TA TO) ?

apakah bodmas , kubadatato

Apakah BODMAS ?

BODMAS merupakan akronim bagi operasi Matematik. iaitu B brackets (kurungan), O oders (tertib/turutan), D division (pembahagian), M multiplication (pendaraban, A addition (penambahan), S substraction (penolakan. Kaedah/ hukum ini menerangkan turutan operasi dalam penyelesaian masalah Matematik, iaitu memberi keutamaan kepada Operasi.

B - Brackets (Kurungan)
O - Oders  (Tertib/turutan)
D - Division (Pembahagian)
M - Multiplication (Pendaraban)
A - Addition (Penambahan)
S - Substraction (Penolakan)

Ditukarkan dalam bahasa Melayu menjadi
KU BA DA TA TO

KU - Kurungan
BA - Bahagi
DA - Darab
TA - Tambah
TO - Tolak
Keutamaan Operasi, Jika dalam soalan ada tanda KURUNGAN, utamakan kurungan. Selesaikan operasi dalam kurungan dahulu.

Jika soalan ada DARAB atau BAHAGI, utamakan DARAB dan BAHAGI dahulu. Selesaikan operasi DARAB atau BAHAGI dahulu.

Operasi TAMBAH atau TOLAK dibuat kemudian.

INI JIKA soalan BERGABUNG yang terdapat tanda  KURUNGAN atau dalam soalan ada operasi DARAB atau BAHAGI. 

Info Grafik KUBADATATO

CONTOH:-

Selesaikan Operasi DARAB dahulu, kemudian operasi TAMBAH

Selain itu, OPERASI BERGABUNG lain ialah:-
Tambah dan Bahagi
Tolak dan Darab
Tolak dan Bahagi
Darad dan Tambah
Darab dan Tolak
Bahagi dan Tambah
Bahagi dan Tolak

Dalam situasi di atas, anda perlu UTAMAKAN Darab atau Bahagi dahulu, kemudian baru Tambah atau Tolak.

Jika soalan ada tanda KURUNGAN, utamakan operasi yang terdapat dalam tanda KURUNGAN. Contohnya.


JIKA melibatkan OPERASI Tambah dan Tolak atau sebaliknya Tolak dan Tambah, Anda tidak perlu risau, anda selesaikan OPERASI yang pertama dahulu dengan erti kata lain, KIRA dari KIRI ke KANAN. Contohnya:-

7 - 4 + 3 = 
Kira 7 - 4 dahulu, iaitu 3 dan tambahkan dengan 3, maka jawapannya ialah 6.

Jika  8 + 2 - 5 = , Maka kira 8 + 2 dahulu, iaitu jawapannya ialah 10 dan tolak dengan 5, jawapannya ialah 5.

Jika melibatkan Operasi BAHAGI dan DARAB atau DARAB dan BAHAGI, kira operasi yang pertama dahulu, dengan kata lain kiraan dari kiri ke kanan. Ini kerana mereka berada dalam KUMPULAN yang sama.

Contohnya:-
Kira darad dahulu baharu bahagi
 
Kira bahagi dahulu baharu darab

Semoga nota ini membantu anda semua. 

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post