Nature

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS - KAEDAH STRUKTURAL

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS - KAEDAH STRUKTURAL

kaedah struktural

Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Pendekatan Pemahaman Teks:-

  • Kaedah Struktural
  • Kaedah mengalami menghayati
  • Kaedah berfokus
  • Kaedah global
Kaedah Struktural

Definisi Struktural
Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur yang membawa maksud cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai unsur sehingga terbina satu pola, sistem atau ayat tertentu.

Kaedah Struktural
  • Kaedah tertua dalam menganalisis karya sastera.
  • Berasaskan kepada teori strukturalisme yang melihat karya sastera sebagai suatu struktur.
  • Kaedah struktural memerlukan pengajaran mengikut struktur karya iaitu lebih berfokus kepada struktur bahan yang diajar.
Tujuan

Memahami aspek kesusasteraan, struktur dan binaan yang digunakan. Kamaruddin Husin (1988)

Penekanan yang untama berdasarkan aspek dan unsur yang membina sesebuah karya. Mina Sikana (1998)

Struktur Karya
  • Plot
  • Watak dan perwatakan
  • Latar
  • Sudut Pandangan
  • Gaya bahasa
  • Nilai
  • Tema dan persoalan
PLOT
  • Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. 
  • Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
Binaan Plot

Teknik Plot


WATAK DAN PERWATAKAN
  • Watak ialah pelaku dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. 
  • Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
  • Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
Watak
LATAR
  •  Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
  • Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan.
Latar

SUDUT PANDANGAN

Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa


TEMA DAN PERSOALAN
  • Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
  •   Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
  • Tema yang terdapat dalam novel Konserto Terakhir adalah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga dapat mengecapi kejayaan. Di mana mengisahkan Helmi seorang anak kampung yang datang ke bandar yang terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan dugaan yang diberikan oleh mak ciknya. Helmi terpaksa menjadi tukang kebun di rumah bapa saudaranya sendiri. Helmi mengharungi liku-liku kehidupannya dengan penuh tabah dan sehingga dia berjaya menjadi seorang pemain alat muzik yang terkenal. Helmi kini dikenali ramai dan disegani dengan gelaran pemain piano yang terkenal.
  • persoalan perbezaan darjat dan kedudukan. 
  • persoalan kegigihan dalam meneruskan kehidupan. 
  • persoalan cinta dan kasih-sayang.
  • persoalan taat pada agama.
  • persoalan berani menghadapi cabaran
Ciri Kaedah Struktural



Langkah Pengajaran Kaedah Struktural




Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post