Nature

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS - KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS - KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

kaedah mengalami menghayati

Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Pendekatan Pemahaman Teks:-

  • Kaedah Struktural
  • Kaedah mengalami menghayati
  • Kaedah berfokus
  • Kaedah global

Kaedah Mengalami Menghayati

Definisi:-

  • Mengalami menghayati merupakan kaedah yang menekankan pengalaman murid dan sejauh mana mereka dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.

  • Kaedah ini berasaskan kepada anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka dan bahan sastera pula merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita atau drama.

Tujuan:-
  • Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran genre sastera.
  • Murid boleh menghayati karya sastera yang dikaji atau dipelajari dengan cara menyelami pengalaman penulis.
  • Kaedah ini menekankan penikmatan. Oleh itu, sastera yang dikaji atau dipelajari perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya.
  • Pengalaman yang ada pada murid digunakan oleh guru dalam memperoleh pengalaman yang baharu.
  • Murid akan didedahkan dengan beberapa persoalan dalam sesuatu aspek yang dikaji.
  • Langkah seterusnya ialah menginterpretasi persoalan-persoalan tersebut sehingga penghayatan benar-benar dapat dirasakan.
  • Kamarudin Hj. Husin (1988:45-46), dalam kaedah pengajaran tidak mementingkan objektif tertentu tetapi lebih menumpukan kepada analisis pengalaman.
  • Soalan yang dikemukakan harus bersifat mencungkil pengalaman murid.
  • Guru harus sentiasa menarik perhatian dan minat murid ke arah cerita yang dipelajari. 
Ciri-Ciri


Pelaksanaan kaedah mengalami menghayati di bilik darjah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera dalam kelas melalui kaedah mengalami menghayati boleh diaplikasi melalui :
1. Puisi tradisional
2. Puisi moden
3. Drama
4. Cerpen
5. Novel.


Pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk mencungkil pengalaman lama murid antaranya melalui soalan terbuka, dialog, rakaman video, lakonan dan sebagainya. 

Apa yang penting semua yang dilakukan mestilah mempunyai kaitan dengan pengalaman baru yang akan mereka rangkul daripada karya yang dipelajari.

Contoh : 
soalan terbuka bertujuan menggabungkan pengalaman sedia ada murid dengan pengalaman atau peristiwa yang akan dipelajari daripada karya sastera.

Kebaikan Kaedah Mengalami Menghayati
  1. Perasaan seni dan halus mudah menusuk hati hanya dengan cara mengalami dan menghayati
  2. Mendapat kepuasan dan meninggalkan kesan
  3. Menjawab persoalan dengan menggunakan daya kreatif dan imaginasi
  4. Pemikiran kritis dicungkil
  5. Pelajar terdedah secara menyeluruh dalam sesuatu slot pembelajaran
  6. Penikmatan dan penghayatan yang mendalam dengan bantuan BBB.
Kelemahan Kaedah Mengalami Menghayati
  1. Pendidik haruslah berkemampuan untuk mengajar kesusasteraan dengan baik
  2. Guru perlu berkebolehan untuk mengaplikasi aspek-aspek kesusasteraan Bahasa Melayu
  3. Kekurangan bahan rujukan dan BBB.
  4. Kurang minat pelajar terhadap pembacaan bahan-bahan kesusasteraan.
  5. Pengajaran yang lebih berorientasikan peperiksaan dan mengetepikan fokus pengajaran sebenar Kesusasteraan Melayu
Rumusan

  • Pendidikan sastera boleh membentuk personaliti, mengasuh kefahaman pemikiran, menghalusi nilai keindahan bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan bertamadun dan membentuk manusia menjadi lebih sensitif terhadap kehidupan sejagat.
  • Bahan-bahan sastera yang sesuai dapat mempercepatkan proses membantu pencapaian ke arah ini. 
  • Ia memerlukan masa memupuk minat, daya menghayati dan kebolehan meneroka ke akar umbi sesebuah hasil sastera yang dibaca.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post