PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS - KAEDAH BERFOKUS
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Pendekatan Pemahaman TeksKaedah Berfokus
- Diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, pada tahun 1984 untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
- Kaedah struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pengenalan kaedah ini.
- Memberikan penekanan kepada sesuatu aspek tertentu dalam sesebuah karya serta menyentuh aspek lain secara sampingan.
- Menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran yang cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci - kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.
- Ada dua tumpuan:
fokus utama – tumpuan dari segi masa dan aktiviti yang menarik dan berkesan
fokus sampingan – untuk membantu dan memperkuat fokus utama
- Kamarudin Husin (1988), ada aspek-aspek kesusasteraan yang berbentuk keseluruhan dan ada pula yang berbentuk khusus.
Ciri-Ciri Kaedah Berfokus
- Kaedah ini mengandungi satu fokus utama (FU) dan satu atau lebih fokus sampingan (FS). Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif sesuatu pengajaran.
- Aspek paling menonjol akan menjadi fokus utama.
- FU dan FS saling berkaitan.
- Pelajar diberi masa untuk membaca dahulu dan memberi penghayatan secara keseluruhan.
- Soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat dan penghayatan murid.
- Aktiviti yang melibatkan murid secara aktif perlu dirancang dengan baik untuk menarik minat dan penghayatan murid.
Contoh Model Kaedah Berfokus
- Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 (Kamarudin Husin. 1988:51).
- Terdapat enam model yang boleh diguna pakai oleh guru yang mengaplikasikan kaedah berfokus dalam pengajarannya.