Nature

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - PROSA MODEN (CERPEN)

 APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - PROSA MODEN (CERPEN)

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - PROSA MODEN (CERPEN)

Cerpen

  • Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. 
  • Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika. 
  • Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. 
  • Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Namun pada kebiasaannya panjang sesebuah cerpen antara 6 – 20 muka surat bersaiz A4.
  • Cerpen yang baik adalah yang mudah difahami, mudah dimengerti, informasi dan mesejnya jelas, menggunakan bahasa yang indah, mentaati kaedah bahasa, judulnya menarik, dan meyakinkan. 

Ciri-Ciri Cerpen
  • Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan.)
  • Ada adengan, watak, gerak.
  • Bahasa tajam dan menarik.
  •  Interpertasi pengarang kepada kehidupan.
  •  Dapat menimbulkan satu kesan.
  •  Menarik perasaan pembaca.
  •  Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih.
  •  Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana.
Struktur Cerpen
  • Cerpen memiliki jumlah watak dan episod di dalamnya yang amat terhad.
  • Kebiasaannya. dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya.
  • Lazimnya cerpen hanya menangani satu isu atau masalah dalam satu karya.
  • Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya.
  • Latar masa biasanya meliputi satu masa yg singkat.
Elemen Cerpen
  1. WATAK
  2. TEMA
  3. LATAR
  4. PERSOALAN
  5. BAHASA
  6. PLOT

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post