Nature

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - SASTERA AGAMA

 APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - SASTERA AGAMA

sastera agama

Sastera Agama

  • Dilihat dari aspek perkembangan sastera Islam.
  • Berkembang sejak dari zaman Rasullullah S.A.W. hinggalah ke pemerintahan kerajaan Srivijaya.
  • Salah satu fungsi sastera agama ini ialah menyebarkan penulisanan bercirikan ke arah mengajak pembaca melakukan kebaikan sehingga lahirnya kesusasteraan Islam.
  • Semakin berkembang setelah diambil alih oleh Pasai, kerajaan pertama yang memeluk Islam di alam Melayu.
  • Hasil kesusasteraan karya Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Yusof dan Hikayat Amir Hamzah.
  • Diambil alih oleh kerajaan Melaka kerana pelan lokasi yang strategik urusan perdagangan.
  • Diteruskan oleh Acheh setelah Melaka jatuh ditangan Protugis pada tahun 1511.
  • Tokoh-tokoh sastera agama Syeikh Nuruddin al-Riniri, Hamzah Fansuri dan Abdul Rauf Singkel.

Konsep Sastera Agama
  • (Ismail Ibrahim dlm. Mana Sikanan 1988) Penulisan yang mentauhidkan Allah, merangkumi segala kewujudan menurut pandangan Islam dari aspek hakikat insan dan alam seluruhnya berhubung dengan Allah.
  • (Kassim Ahmad)  Seni sastera yang diciptakan oleh manusia dengan menyeru kebaikan dan melarang kejahatan, menghapuskan kepalsuan dan mengesahkan kebenaran dan mengamalkan kebenaran mengikut al-Quran.

Definisi Bukan Naratif
  • Hasil kesusasteraan yang tidak mempunyai plot yang khusus.
  • Bahan sastera mengandungi lebih banyak cerita berbentuk eksperi pengarang.
  • Mempunyai 3 genre iaitu sastera undang-undang, sastera kitab dan sastera ketatanegaraan.
Sastera undang-undang
  • Berbeza dari aspek kandungan berbanding dengan undang-undang moden yang digunakan setiap hari.
  • Adat istiadat di istana dan juga undang-undang berkaitan dengan pelaksanaan hukum fekah dalam Islam.


Adat Temenggung
  • Undang-undang perlaksanaan undang-undang negeri.
  • Contoh yang masih digunakan, Hukum Kanun Melaka manakala undang-undang negeri yang dipengaruhi undang-undang Islam, Thamarat al-Muhimmah dan Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk
  • Adat Raja-raja Melayu.
  • Undang-undang Kedah dan Acheh.
Adat Perpatih
  • Adat Perpatih digunakan di Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
  • Contoh di Negeri Sembilan ialah undang-undang Sungai Ujong dan Undang-Undang Adat dari Rembau.
Sastera Kitab
  • Berkaitan perlaksanaan amalan Rukun Islam dan Rukun Iman.
  • Berkembang maju selari dengan perkembangan perdagangan di Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
  • Dipelajari melalui penggunaan ayat-ayat al-Quran dan penggunaan huruf-huruf jawi.
  • Membincangkan hukum-hukum agama Islam menerusi Fekah, urusan muamalat, dosa, pahala, wajib, sunat dan sebagainya.
Sastera Ketatanegaraan
  • Adab-adab dalam kalangan raja dan istana.
  • Karya-karya menjadi petunjuk danlandasan raja-raja dan bangsawan untuk memerintah kerajaan.
  • Ceritanya disampaikan dalam bentuk naratif.
  • Corak pemerintahan mengikut corak pentadbiran daripada kerajaan raja-raja zaman dahulu.
Ciri-Ciri Sastera Ketatanegaraan
  1. Membincangkan perihal berkaitan agama teumatanya aspek pentadbiran.
  2. Membincangkan tanggungjawab raja-raja dan hulubalang di istana, menteri-menteri pentadbir dan rakyat yang menghuni sebuah pentadbiran.
  3. Membincangkan sejarah pentadbiran kerajaan Islam dari Alam Melayu hingga Asia Barat.
  4. Tokoh-tokoh penceritaan atau watak terdiri daripada tokoh sejrah Islam dan nabi-nabi.
  5. Sebagai panduan dan pedoman pemerintah untuk melaksanakan corak pentadbiran Islam.
  6. Kandungan al-Quran, hadis dan firasat digunakan secara lansung dalam beberapa kehidupan orang Islam.
Fungsi Sastera Ketatanegaraan
  • Menjadi pedoman dan panduan golongan pemerintah.
  • Panduan dan cara mendidik keluarga, anak-anak, dan masyarakat ke arah pendidikan mengikut agama.
Struktur Prosa Tradisional
  • Menjadi milik rakyat dan diwarisi secara turun temurun.
  • Cerita-cerita disampaikan secara lisan.
  • Dibukukan bagi tujuan menghiburkan masyarakat dan menjadi panduan atau tauladan kepada masyarakat.
  • Mempunyai nilai yang tinggi hingga dianggap istimewa pada mata masyarakat.
Ciri-Ciri Prosa Tradisional
  • Isi cerita tidak tetap kerana berlaku tokok tambah kerana ianya disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain 
  • Bersifat universal atau sejagat-iaitu prosa tradicional ini adalah hak milik bersama masyarakat 
  • Mempunyai banyak versi 
  • Terdapat menyerapan unsur lagenda dan unsur mitos 
Fungsi Prosa Tradisional
  • Meletakkan tokoh-tokoh sejarah atau pahlawan sebagai tokoh yang berwibawa dan disanjung oleh masyarakat.
  • Menaikkan taraf dan martabat raja-raja Melayu.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post