Nature

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH

 APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH


Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah. (Prosa Tradisional)

Prosa Tradisional

Pengenalan
  • Prosa tradisional merujuk kepada maksud kolektif (milik bersama)
  • Kerana ianya milik masyarakat dari zaman ke zaman.
  • Maka sukar mencari identiti penulis
  • Prosa tradisional boleh dikategorikan prosa dan puisi.
  • Tetapi fokus kepada prosa tradisional sahaja
Konsep Prosa Tradisional
  • Prosa tradisonal merujuk kepada maksud kolektif (milik bersama)
  • Tidak siapa berhak mengaku bahawa ia milik persendirian.
  • Ianya diperturunkan secara lisan atau perbualan pada zaman tradisonal (Penglipur lara)
  • Dari aspek pembahagian masa prosa tradisonal dipisahkan oleh faktor sejarah, perkembangan hasil proses lisan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Naratif

Naratif Lisan

Karya  naratif lisan dalam kesusasteraan Melayu Tradisonal menjadi milik masyarakat kerana disampaikan dari mulut ke mulut. 

Naratif Tulisan

Cerita atau pengalaman dihasilkan dalam bentuk tulisan. 

Hasil selepas masyarakat mampu membaca dan menulis

Definisi Naratif Lisan

Cerita yang disampaikan secara lisan
Cerita rakyat dikategorikan seperti cerita binatang, cerita dongeng, cerita jenaka dan pelbagai cerita lisan dari satu generasi ke generasi yang lain.

MITOS
  • Mitos ialah naratif lisan yang paling tua di dalam mana-mana masyarakat di dunia ini. 
  • Genre ini mengandungi cerita tentang dewa-dewi, berunsur keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat yang melahirkannya. 
  • Di samping itu, mitos mengandungi unsur-unsur ajaib, “supernatural”, tidak berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah. 
  • Namun demikian, isi-isinya dianggap kudus oleh pendukungnya. 
  • Sebagai contoh, Gunung Jerai dikatakan berasal daripada sebuah kapal yang membawa Tuan Puteri Jerai. Teguran Sang Gedembai telah menyebabkan kesemuanya menjadi gunung. 
  • Kulit keras pada tapak kambing dikatakan berasal daripada kasut ayam yang enggan dipulangkan. Sebab itulah ayam selalu berkokok seolah-olah menyebut “Pulangkan kasut aku”. 
  • Nama negeri Melaka dikatakan diambil daripada nama pokok tempat Raja Iskandar bersandar semasa menyaksikan anjing perburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam air. 
  • Hikayat Raja-Raja Pasai- Merah Silu yang menjadi raja pada masa itu diislamkan sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W melalui mimpi. 
  • Dalam mimpinya, Nabi Muhammad S.A.W meludah air liurnya terus ke mulut Merah Silu dan telah dapat mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk islam
  • Walau bagaimanapun, mitos tidak wujud lagi di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional pada masa ini. Perkara ini berlaku semenjak orang Melayu memeluk agama Islam. Mereka tidak lagi mempercayai dewa-dewi dan semua kejadian yang dianggap tahyul. Jika ada sekalipun, kehadirannya dianggap sebagai cerita dongeng tinggalan zaman pra-Islam.
LAGENDA
  • Legenda ialah cerita tentang watak manusia yang pernah hidup atau dipercayai pernah hidup dan tetapi tidak dipastikan kebenarannya tetapi popular dan disukai ramai
  • Perwatakan tokoh-tokoh di dalam cerita ini dilebih-lebihkan.
  • Genre ini dianggap benar kerana ada tanda-tanda di muka alam yang menyamai cerita yang disampaikan.
  • Contohnya batu berbentuk manusia di Sumatera yang dikatakan Malim Kundang (setelah disumpah ibunya). Legenda pendosa menceritakan anak derhaka yang disumpah ibu sehingga menjadi batu. 
  • Contoh-contohnya ialah Cerita Nakhoda Tanggang dan Malim Kundang. 
  • Mempunyai kekuatan fizikal (Ismail Yusuf , 2008)
  • Cerita lagenda bersifat kepahlawanan ialah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, 
  • Cerita lagenda bersifat ciri-ciri luar biasa ialah Badang, Cerita Tun Jana Khatib, Cerita Mahsuri.
CERITA RAKYAT
  • Cerita rakyat merupakan rekaan dan disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke satu generasi. 
  • Cerita jenis ini merupakan hasil tinggalan nenek moyang, tidak diketahui penciptanya dan dianggap sebagai milik bersama. 
  • Corak masyarakat yang melahirkan cerita rakyat ialah masyarakat kecil yang hampir tertutup dan terpencil seperti masyarakat tani atau nelayan yang tinggal di pedalaman atau pesisir pantai. 
  • Cerita jenis ini menjadi sumber hiburan, bahan pengajaran, alat untuk mengenali warisan nenek moyang dan alat komunikasi. 
CERITA RAKYAT (LUCU)
  • Cerita jenaka Subgenre ini mengisahkan tindakan-tindakan watak yang menimbulkan kelucuan. Antara faktor yang menimbulkan kelucuan ialah: Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar. Contohnya, Pak Pandir dan Pak Belalang.
  • Kewujudan unsur-unsur kebetulan di dalam cerita.
  • Kelucuan yang ditimbulkan plot cerita.
  • Kewujudan permainan kata-kata yang melucukan.
  • Cerita-cerita jenaka Melayu ialah Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Belalang dan Mat Jenin.  
CERITA RAKYAT (BINATANG)

Cerita Asal Usul
  • Asal usul binatang 
  • Supaya tahu asal usul selain berjenaka
Fable
  • memberi teladan dan pengajaran serta nasihat yang berguna kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. 
  • Menggunakan watak binatang untuk menyidir manusia tamak, malas, penipu, 
  • Contoh-contohnya ialah ‘cerita anjing dengan bayang-bayang’ dan ‘arnab berlumba dengan kura-kura’.
Beast Epic
  • Cerita jenis ini merupakan cerita binatang yang paling popular di dalam sesebuah masyarakat. 
  • Ceritanya berpusat kepada satu pelaku atau watak utama sahaja. 
  • Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka
Naratif Bukan Lisan

Definisi
  • Cerita yang disampaikan secara bertulis.

  • Cerita atau pengalaman dihasilkan dalam bentuk tulisan. 
  • Hasil selepas masyarakat mampu membaca dan menulis
Sastera Sejarah
  • Peristiwa-peristiwa berkaitan dengan sejarah negeri, sejarah kerajaan, sejarah raja-raja, asal usul raja-raja melayu.
  • Mengikut konsep dan ukuran masyarakat dan zaman yang menghasilkannya (Zaila Saharif 1993)
  • Menggunakan kaedah struktur seperti tema, persolaan, teknik, plot, teknik dan gaya bahasa.
  • Tujuan untuk menceritakan kegemilangan sesebuah sitem beraja, dan kelebihan tokoh-tokoh masyarakat melayu.
  • Sastera sejarah terdiri dari prosa dan puis.
  • Prosa sejarah mengambil tempoh masa yang panjang dan perjalanan yang agak panjang.
  • Contoh prosa Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Banjar.
  • Contoh puisi terdiri daripada Syair perang Johor, Syair Singapura Terbakar, Syair perang aceh dan sebagainya
  • Syair yang dihasilkan tidak panjang dan tidak memakan masa yang lama untuk menghasilkan
Sastera Hikayat
  • Sastera hikayat tentang kisah dalam istana dan kehidupan berlaku dalam pemerintahan sebuah kerajaan.
  • Watak seperti raja, permaisuri, dan kaum kerabat yang banyak kelebihan.
  • Wirawati memiliki wajah yang cantik
  • Wira memiliki kelebihan seperti pandai bermain senjata, melawan musuh dan tidak terkalah oleh semua orang.

Sastera Panji
  • Perihal kehidupan yang dilimpahi rasa kasih sayang
  • Percintaan Watak utama dan banyak halangan
  • Selain itu, kisah pengembara, penyamaran, dan peperangan yang memisahkan percintaan watak
  • Bermula dari Jawa Kuno sewaktu kegemilangan Erlangga Hingga Kerajaan Majapahit.
  • Stuktur ayat berlaku masalah percintaan dan berakhir dengan Happy ending.
  • Sastera panji yang terkenal ialah Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma (HKTJK) Watak Raden Uni Kertapati dan Raden Galuh Kirana.
  • Ikatan cinta yang membuat mereka sanggup berbuat apa sahaja
  • Penjelamaan dan inakarsi merupakan ciri penting dalam cerita panji.
  • Dewa boleh bertukar menjadi binatang, raksasa, geroda dan sebagainya,
  • Ini menunjukkan jelas pengaruh Hinddu yang mesra dengan masyarakat nusantara pada juah masa dahulu (Harun Mat Piah 1980)
  • Watak pula manusia sering bertukar watak seperti menjadi jin, binatang atau halimunan
  • Kesimpulannya, sastera panji banyak menceritakan kehidpuan istana dan watak dalam istana

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post