Nature

TEORI BEHAVIORIS

 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

TEORI BEHAVIORIS

Teori-teori Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum berkaitan pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran.

Teori Pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian iaitu Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Konstruktivis, Teori Sosial dan Teori Humanis. Teori Pembelajaran Behavioris pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watsan. Manakala Teori Pelaziman Operan juga dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner.

Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike.

Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian. Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga hendaklah diketahui dan difahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.

Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.

Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan (secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak balas (R-G). 


Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :-
i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan (R) dari persekitaran, 
ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan 
iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku 
iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku dalam masa yang dekat 
v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris 
vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis. 

Antara  contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah

i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik. 
ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru.
iii. individu yang fobia selepas mengalami sesuatu kejadian yang menakutkan.
iv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu. 

Ahli-ahli teori Behavioris mengikut kategori masing-masing adalah seperti yang ditunjukkan.



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post