Nature

SYARAT WAJIB PUASA

Syarat Wajib Puasa, Rukun Puasa, Hikmah Puasa dan Perkara Yang Membatalkan Puasa


Syarat Wajib Puasa

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Mukallaf
  4. Tiada keuzuran
Rukun Puasa

 Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam.

Niat

Dilakukan setiap malam. bermula selepas maghrib sehingga sebelum subuh dan menentukan jenis puasa iaitu puasa Ramadan.

Hikmah Puasa

  1. Menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya sentiasa berada di bawah pemerhatian Allah subhanahu wa ta'ala.
  2. Merupakan jalan termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepada Nya.
  3. Mendidik jiwa dan mengurangkan sifat keras hati yang bersarang dalam diri insan.
  4. Mengawal haw nafsu dan melatih diri agar bersabar dalam menunaikan ibadah puasa.
Perkara yang membatalkan puasa
  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Haid dan nifas
  3. Gila
  4. Murtad
  5. Bersetubuh
  6. Muntah dengan sengaja
  7. Memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka
  8. Mengeluarkan air mani.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post