Nature

SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

 SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

back to school sedska success

Seperti yang dikatahui umum, sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi Negeri Kumpulan A, dan pada 20 Mac 2023 bagi Negeri Kumpulan B.

Sehubungan itu, satu surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023  bertarikh 9 Mac 2023, menggariskan panduan Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan mulai sesi akademik Tahun 2023/2024 KPM. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) itu bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan cadangan program minggu pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2023/2024. Cadangan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bilangan 1/2023.

Program akan bermula sebaik sahaja sekolah dibuka dan penekanan diberikan kepada tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM. Rasionalnya ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, sihat, kondusif dan selamat. 

Penekanan program atau aktiviti yang dirancang perlu melibatkan murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan ibu bapa dan komuniti, guru dengan ibu bapa dan komuniti dan mutid, guru, ibu bapa dan komuniti.

  Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post