Nature

Apakah "WE DELIVER" JPN Perak ?

 Moto "WE DELIVER"

we deliver jpn perak

Moto "WE DELIVER" melambangkan warna JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni. JPN Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan pendidikan berkualiti, sekolah ungul dan murid holistik.

Maksud Moto WE DELIVER

WARNA MERAH

Melambangkan keberanian dalam memacu sistem pendidikan Negeri Perak untuk terus ke puncak kecemerlangan serta TOV yang memerlukan penambahbaikan dan peningkatan.

WARNA PUTIH, KUNING DAN HITAM

Melambangkan warna bendera Negeri Perak. Moto ini melambangkan aku janji warga pendidik untuk memberi perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pendidikan Negeri Perak.

WARNA BIRU

Melambangkan kesepaduan dan kebersamaan warga pendidik dalam merealisasikan sistem pendidikan abad ke-21 dan sasaran yang perlu dicapai.

LOGO PENA

Melambangkan hala tuju organisasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak selari dengan Visi dan Misi KPM.

we deliver jpn perak


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post