Nature

BUNYI DIFTONG

 Bunyi Diftong

  • Diftong ialah dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu bunyi dan satu hembusan nafas sahaja.
  • Dilambangkan dalam dua huruf vokal.
  • 3 Jenis diftong, iaitu:-
    • ai - aising / ghairah / gulai
    • au - aura / saudari / pulau
    • oi - oidium / boikot / amboi.
Cara menghasilkan diftong [ ai ]
  • Lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [a] dan kemudian berpindah / digeluncurkan kepada kedudukan vokal depan sempit [i].
  • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak.
  • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
  • Bibir dihamparkan.
  • Contoh : haiwan, ghairah, pandai, gulai.
Cara menghasilkan diftong [ au]
  • Lidah pada kedudukan vokal /a/ tetapi kemudiannya berubah/digeluncurkan pada kedudukan vokal belakang sempit /u/.
  • Bibir terhampar tetapi lama-kelamaan semakin bundar.
  • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak.
  • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
  • Contoh: tauladan, aurat, kerbau, pulau
Cara menghasilkan diftong [ oi ]
  • Lidah pada kedudukan vokal belakang separuh sempit /o/ tetapi kemudiannya berubah/digeluncurkan pada kedudukan vokal depan separuh sempit /i/.
  • Bibir terbundar tetapi lama-kelamaan semakin hampar.
  • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak.
  • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
  • Contoh: boikot, sepoi, amboi


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post