Nature

BUNYI KONSONAN

 BUNYI KONSONAN



Bunyi konsonan

Terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan.
  1. Bibir
  2. Bibir - Gigi
  3. Gigi
  4. Gisi - Gusi
  5. Gelungan
  6. Lelangit keras
  7. Gigi Gusi - Lelangit keras
  8. Lelangit keras
  9. Lelangit lembut
  10. Anak tekak
  11. Rongga tekak
  12. Pita suara
Ada sembilan cara bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan.
  1. Letupan
  2. Sengau
  3. Sisian bergeser
  4. Sisian tak bergeser
  5. Getaran
  6. Tamparan
  7. Geseran
  8. Letusan
  9. Malaran tak bergeser
Cara Penghasilan Bunyi Konsonan

1.  Letupan

Melepaskan udara yang disekat serta merta. Udara dari paru-paru disekat disalah satu titik artikulasi sama ada di bibir, gigi-gusi dan sebagainya.

2. Sengau / Nasal

Sengau dikategori dibawah bunyi letupan. Yang berbeza ialah bunyi sengau dihasilkan melalui velum agar udara dapat melalui rongga hidung dan mulut. Udara yang melalui rongga mulut akan disekat di titik artikulasi yang tertentu dengan artikulator.

3. Sisian

Bunyi sisian dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke arah bahagian belakang gigi dan udara akan keluar melalui sisi lidah. Udara yang dikeluarkan akan digeser di pita suara bagi menghasilkan bunyi geseran. Cara menghasilkan bunyi sisian tak bergeser sama seperti di atas. cuma ia tidak digeser dipita suara

4. Getaran

Dihasilkan dengan menggetarkan hujung lidah beberapa kali ke lelangit keras. 

5. Tamparan

Tamparan mempunyai persamaan dengan getaran kecuali hujung lidah tidak digetarkan. 

6.  Geseran (Frikatif)

Dihasilkan dengan menyempitkan ruang diantara titik artikulasi dengan artiklator. Udara yang keluar daripada paru-paru akan keluar di ruang yang sempit bagi menghasilkan bunyi geseran. 

7.   Letusan

Letusan mempunyai kedua-dua ciri letupan dan geseran. Udara yang keluar dari paru-paru disekat di titik artikulasi. Kemudian udara akan dilepaskan secara perlahan-lahan di celah-celah ruang yang terbuka.

8. Malaran Tak Bergeser

Bunyi malaran tak bergeser dikenali juga sebagai bunyi separuh vokal. Bunyi ini mempunyai ciri vokal kerana tiada berlaku apa-apa pergeseran atau sekatan dalam rongga mulut di antara titik artikulasi dengan artikulator semasa menghasikan bunyi ini. Ia pula dianggap sebagai  konsonan kerana melibatkan pelbagai titik artikulasi dan titik artikulasi ini tidak sama dengan titik artikulasi vokal.

Carta Konsonan Bahasa Melayu


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post