Nature

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT - KOKURIKULUM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT - KOKURIKULUM

PAK MALAU

Berikut merupakan sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan, pasukan badan beruniform dan persatuan dan kelab.

        Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

        Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

        Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

        Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

        Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

        Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab 

        Persatuan  dan Sukan/Permainan.

        Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

        Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

        Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.

        Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

        Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/ daerah dalam 

        lawatan atau  projek yang dijalankan.

        Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

        Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

        Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

        Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.




1 Comments

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post