Nature

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) SEKOLAH RENDAH

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) SEKOLAH RENDAH

Ujian Ahkir Sesi Akademik (UASA)

Sekolah Rendah

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Matlamat Bahasa Melayu KSSR

Bahasa Melayu KSSK adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Ia untuk menenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu pengetahuan, berkemahiran, bermaklumat, ada nilai dan idea untuk mendepani hubungan sosial dalam kehidupan seharian.

Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu

1. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat serta membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.

2. Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit dan menulis ulasan.

3. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Objektif Pentaksiran Bahasa Melayu

1. Membaca, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang terdapat dalam pelbagai jenis bahan rangsangan (bahan sastera atau bahan bukan sastera)

2. Menulis pelbagai jenis penulisan untuk menyampaikan idea, ulasan dan pendapat

3. Memahami dan menggunakan sistem bahasa dalam pelbagai konteks.

Format Bahasa Melayu Ujian Akhir Sesi Akademik (Sekolah Rendah)

Jenis Instrumen - Ujian bertulis: Pemahaman dan Penulisan

Jenis Item : 

  • Objektif Aneka Piliha (OAP)
  • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB)
  • Subjektif Respons Terhad (SRTh)
  • Subjektif Respons Terbuka (SRTb)
Bilangan Soalan :
Bahagian A (10 markah) : OAP
  • Tatabahasa (3-5 soalan)
  • Pemahaman Petikan (5-7 soalan) Teks Tunggal dan Teks Pelbagai
Bahagian B (10 markah) : OPB dan SRTh
  • Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (Bersepadu) 3-5 soalan
  • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan)
Bahagian C (10 markah) : SRTh
  • Penulisan Perenggan - 1 soalan
Bahagian D (20 markah) : SRTb
  • Penulisan Karangan - 1 soalan
TEMPOH UJIAN
1 Jam 15 minit

Konstruk :
Pengetahuan Sistem Bahasa

Kemahiran Membaca:
  • Memahami
  • Mengaplikasi
  • Menganalisis
Kemahiran Menulis
  • Mengaplikasi
  • Menganalisis
  • Menilai
  • Mencipta
Aras Kesukaran
RENDAH : SEDERHANA : TINGGI (5:3:2)

Keadah Penskoran
  • Dikotomus
  • Analitikal
  • Holistik          






Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post