LAILATUL QADAR: MALAM YANG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN
Rasulullah SAW bersabda, apabila datangnya Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Malam yang penuh keberkatan ini adalah peluang luar biasa untuk kita merebut rahmat, keampunan, dan pahala yang tidak ternilai.
Jangan biarkan malam-malam terakhir Ramadan berlalu tanpa amal. Perbanyakkan ibadah, qiamullail, bacaan al-Quran dan doa.
Semoga kita semua dikurniakan keberkatan Lailatulqadar. Aamiin!
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah. Satu hari, Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah, andai sekiranya beliau bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang harus beliau lakukan. Lalu Rasulullah mengajarkan kepada Saidatina Aisyah agar membacakan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan, maka ampunilah daku. (HR al-Tirmizi)
Semoga Allah membimbing kita.
