HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Pada tahun ini, hari pertama persekolahan bermula bulan Januari, iaitu pada 12 Januari 2026. Alhamdulilah sesi persekolahan bermula semual pada Januari. Pada hari pertama dengan penuh bersemangat murid hadir ke sekolah. Turut hadir bersama wakil dari PPD Manjung, Wakil dari PDRM, dan Pengerusi PIBG.
Satu sesi taklimat dan ucapan dari wakil PDRM berkaitan isu buli di sekolah diadakan. Wakil PPD Manjung mengucapkan tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana berjaya hadir awal dan memulakan sesi persekolahan 2026 ini dengan azam yang baharu.
Seramai 30 murid yang datang awal diberikan hadiah berupa baucer makan di kantin sekolah bernilai RM3.00.




