KEJOHANAN RAGBI MSS DAERAH MANJUNG 2025
Pada 27 Mei 2025, SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin telah menjadi Tuan Rumah untuk Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung bagi tahun 2025. Dalam kejohanan ini pasukan ragbi SKKDSK SEDSKA SUCCESS telah menjadi Naib Johan Kategori Cup.
Selain itu, dua orang pemain SEDSKA SUCCESS telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan iaitu Muhammad Nur Hakim bin Mohamad Nur Ezwandi. serta Pemain Harapan Terbaik iaitu Muhammad Haqqif Fayyardh bin Hasrul Sani.
Syabas dan tahniah kepada para pemain dan barisan jurulatih Cikgu Amir dan Cikgu Na'imullah.