KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD MANJUNG 2025
![]() |
PASUKAN BOLA SEPAK SEDSKA 2025 |
Pada 23 hingga 26 Jun yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung bagi Tahun 2025. Kejohanan ini telah diadakan di padang SK Seri Manjung. Selamat 4 hari, Pasukan Bola Sepak SEDSKA telah menjadi Johan Kumpulan dan layak ke pusingan Suku Akhir.
Semasa perlawanan suku akhir, Pasukan SEDSKA telah berjaya menewaskan SK St Farncis 4-0 dan layak ke separuh akhir. Semasa separuh akhir Pasukan SEDSKA menewaskan Pasukan SK Seri Samudera dengan 1- 0 dan layak ke Akhir menentang SK Seri Manjung selaku tuan rumah.
Pasukan SEDSKA berjaya menewaskan SK Seri Manjung 2-1 dalam perlawanan akhir sekali gus merampas kejuaraan dari SK Seri Bayu. Ini merupakan misi Juara yang berjaya direalisasikan oleh Pasukan Bola Sepak SEDSKA SUCCESS di bawah bimbingan Jurulatih Ustaz Ismail, Cikgu Amir, Cikgu Syamil, Cikgu Safri dan Cikgu Na'imullah. Syabas dan Tahniah.
2 orang Pemain SEDSKA terpilih menerima anugerah.
1. Pemain Terbaik - Awwal Uwais bin Nur Khairul Hakimi
2. Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Hakim Redza bin Rizwan.
Tahniah sekali lagi.
![]() |
Pasukan Bola Sepak SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin 2025 |
![]() |
Penjaga Gol Terbaik |
![]() |
Pemain Terbaik |