Nature

SPI KPM BIL. 9 TAHUN 2024 | PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN MERAKAM GAMBAR/VIDEO/AUDIO

SPI KPM BIL. 9 TAHUN 2024
PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN MERAKAM GAMBAR/VIDEO/AUDIO MURID SERTA MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL BAGI PROGRAM ANJURAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


Pelaksanaan surat akuan ibu bapa/penjaga untuk kebenaran rakaman gambar, video dan audio murid serta memuat naik ke laman sosial bagi program anjuran institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM sentiasa menyokong inisiatif institusi pendidikan bawah KPM termasuk bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi mengiktiraf pencapaian dan aktviti murid di samping melindungi privasi dan keselamatan mereka. Oleh itu, semua institusi pendidikan bawah KPM perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum merakam atau memuat naik rakaman gambar/video/audio murid ke laman media sosial institusi pendidikan KPM.

KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 11 Tahun 2023: Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM bertarikh 4 Oktober 2023 bertujuan mengawal selia penggunaan media sosial oleh institusi pendidikan bawah KPM. Perkara 5.3 (vi) dalam garis panduan berkenaan selaras dengan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu penjawat awam adalah tidak dibenarkan untuk memuat naik kandungan multimedia yang berkaitan dengan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa atau penjaga tanpa kebenaran.

Sehubungan itu, KPM telah menyediakan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga untuk Kebenaran Rakaman Gambar/Video/Audio Murid serta Memuat Naik ke Laman Sosial bagi Program Anjuran Institusi Pendidikan bawah KPM. Surat ini merupakan akuan ibu bapa/penjaga yang memberikan kebenaran bagi rakaman gambar/video/audio anak/kanak-kanak jagaan mereka semasa program dijalankan. Surat akuan ini juga membenarkan rakaman gambar/video/audio tersebut dimuat naik ke laman media sosial bahagian KPM, JPN, PPD dan/atau institusi pendidikan bawah KPM.

Surat akuan ini sah digunakan dalam tempoh satu (1) tahun sahaja dan perlu diisi semula oleh ibu bapa/penjaga bagi tahun berikutnya. Surat akuan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani perlu disimpan oleh pihak institusi pendidikan bawah KPM bagi tujuan rekod dan rujukan.

Surat siaran ini hendaklah dibaca bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 11 Tahun 2023: Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM bertarikh 4 Oktober 2023.





Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post