PENCAPAIAN BOLING SEDSKA 2024
Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah (MSSD) Manjung 2024 telah diadakan pada 26 Jun 2024 di Esplanade Bowl Kg Koh Sitiawan Perak.
Seramai 9 orang atlet dari SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA) telah mewakili sekolah ke kejohanan ini. Syukur, alhamdulilah seorang atlet, iaitu Nur Syakirah binti Wahid telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi acara individu Perempuan Bawah 12 Tahun.
Secara tidak langsung beliau terpilih untuk pemilihan atlet boling daerah Manjung ke kejohanan peringkat negeri pula. Beliau telah berjaya terpilih untuk mewakili daerah Manjung ke Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk) nanti. Syabas dan Tahniah.