Nature

TEMA HARI GURU 2024

 TEMA HARI GURU 2024

Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Tema Hari Guru 2024 adalah, "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani".

Tema ini dipilih dan diumumkan oleh KPM pada 9 Mac 2024 selepas cadangan mengenai tema ini dibuka sehingga 15 Disember 2023 yang lalu.

Untuk pengetahuan, Hari Guru adalah sambutan yang dilakukan pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru terutamanya di Malaysia.

Hari tersebut bukan hanya ditunggu-tunggu oleh para guru tetapi juga para murid dan pelajar dengan pelbagai program yang dijalankan.

Tarikh sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei pada setiap tahun. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana ini adalah hari bulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran Negara.

Selamat Hari Guru untuk Semua Guru Malaysia
TERIMA KASIH CIKGU.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post