Nature

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM


Pemakaian Pakaian Kokurikulum

  1. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.
  2. Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai batu T berkolar yang melambangkan pasukan itu , ATAU
  3. Murid-murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab/persatuan, sama ada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju T berkolar.
  4. Jaket, baju layang atau baju T berkolar hendaklah dicetak dengan nama pasukan atau kelab/persatuan di bahagian belakang, dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri).
  5. Pihak sekolah hendaklah melaksana pemakaian pakaian kokurikulum ini secara terancang dan beransur-ansur supaya tidak menimbulkan bebanan kepada ibu bapa.
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
  1. Perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan.
  2. Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid. Aktiviti yang lazimnya diurus dan disampaikan oleh Pengetua/Guru Besar dan guru-guru seperti ucapan, bacaan doa, penyampaian hadiah dan sebagainya, diambil alih oleh murid-murid dengan bimbingan dan panduan guru-guru.
muat turun SPI

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post