Nature

IFTAR BERSAMA JABATAN PENERANGAN DAERAH MANJUNG

 IFTAR BERSAMA JABATAN PENERANGAN DAERAH MANJUNG


Syukur, Alhamdulilah pada hari ini 27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadan 1445H, Jabatan Penerangan Daerah Manjung sudi memberi sumbangan untuk majlis berbuka puasa penduduk Taman Kiara. 

Pejabat Penerangan Daerah Manjung menganjurkan majlis berbuka puasa di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Mereka juga hadir untuk memberikan taklimat dan penerangan tentang PADU dan dasar-dasar kerajaan Madani sekarang. Ini bertujuan supaya penduduk tidak keciciran maklumat dan mendapat maklumat yang salah.

Terima kasih kepada Puan Anita binti Omar, Pegawai Penerangan Daerah Manjung dan beberapa orang stafnya yang hadir bersama untuk berbuka bersama penduduk Taman Kiara. Program ini dinamakan Program JIWA ( Jalingan Insan Wahana Aspirasi).







Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post