Nature

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 21 TAHUN 2023

KEJOHANAN OLAHRAGA SK KPG. DATO' SERI KAMARUDDIN (SEDSKA) KALI KE 21 TAHUN 2023


Kejohanan Olahraga kali ke 21 SKKDSK (SEDSKA) telah berlangsung pada hari Khamis 5 Oktober 2023 yang lalu. Kejohanan bermula tepat jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Sebelum perasmian Kejohanan Olahraga ini, perasmi yang diundang telah merasmikan Lane Bowling SEDSKA yang telah di sumbang oleh Esplanade Bowl Kg Koh. 

Perasmian Lane Bowling SEDSKA

Kejohanan Olahraga pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Izudin bin Ismail, Pengurus Besar Lekir Bulk Terminal Lumut Port. Turut hadir Tuan Timbalan Sektor Pembangunan Murid, Encik Rosman bin Yaakub bersama Puan Norain Musa Penolong PPD Perancangan.

Kejohanan berlajan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ini semua hasil usaha semua guru SEDSKA yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Dibantu juga oleh SU Sukan Cikgu Amir dan SU Kokurikulum Cik Noor Aziah. Guru Besar Puan Noor Azrina binti Mazlan juga merupakan penggerak utama dalam menjayakan kejohanan ini. Buah fikiran dan pandangannya tentang susun atur dan perjalanan kejohanan dari mula hingga tamat turut diberikan oleh beliau.

Syabas dah tahniah semua

Johan RUMAH HIJAU. Tahniah
JOHAN RUMAH HIJAU

SAKSIKAN KEMERIAH PERBARISAN LINTAS HORMAT DAN GIMIK PELANCARAN KEJOHANAN SUKAN KE 21







Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post