Nature

ESPLANADE BOWLING ACADEMY

 ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)

esplanade bowling academy

Guru-guru Daerah Manjung mengambil inisiatif sendiri untuk menubuhkan Akademi bagi melatih kemahiran asas Sukan Boling dengan menubuhkan Esplanade Bowling Academy. Ini kerana pusat boling telah dibuka semula di daerah Manjung selepas ditutup selepas Raya Puasa 2023 yang lalu. Dengan pusat boling yang baharu dan pengurus baharu, kesempatan ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Terima kasih kepada ESPLANADE BOWL KG KOH  kerana memberi sokongan bagi menjayakan program ini.

esplanade bowling kg koh

Program ini telah memulakan kelasnya pada Selasa 24 Oktober 2023 yang lalu. Kelas cuma dua kali seminggu iaiatu pada hari Selasa (8.00 - 10.00 malam) dan Khamis (3.30 - 5.30 petang). 

Oleh kerana permintaan yang ramai, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Ini bermakna setiap kumpulan hanya belajar sekali seminggu sahaja. Keadaan ini kerana kekurangan jurulatih dan EBA hanya mampu melatih 20 peserta sahaja pada suatu masa.

Bayaran cuma RM20 sahaja setiap sesi yang perlu dibayar dan Pendaftaran RM10. Untuk mendaftar boleh hubungi Coach Dinie (012-5740871) WhatsApp sahaja.


KELAS PERTAMA





Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post