Nature

JOHAN BOLA SEPAK DAERAH MANJUNG 2023

 JOHAN BOLA SEPAK DAERAH MANJUNG 2023

johan bola sepak 2023

Tahniah, Tahniah, Tahniah.

Sekali lagi pada tahun ini (2023) Pasukan Bola Sepak SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA) telah berjaya merangkul JOHAN dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Manjung Tahun 2023. Ini merupakan kejuaraan kedua setelah Tahun 2022, SEDSKA juga telah menjadi JOHAN dalam pertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SEDSKA, Pengurus pasukan Cikgu Farhana binti Mohd Sharipoddin, Jurulatihnya Ustaz Mohd Ismail bin Abdul Rahman dan penolong Jurulatihnya Cikgu Muhammad Amir Dhiyauddin bin Zulkepli. Juga kepada Guru Besar Puan Noor Azrina binti Mazlan dan barisan pentadbiran SEDSKA yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan bola sepak. Tidak ketinggalan guru-guru dan seluruh warga SEDSKA yang tidak pernah jemu memberi sokongan moral kepada pasukan bola ini.

Syabas dan Tahniah sekali lagi.

LIVE PERLAWANAN AKHIR


VIDEO PENYAMPAIAN HADIAH


selain JOHAN, permain SEDSKA juga memenangi beberapa kategori iaitu:

1. Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Syafiq bin Mohd Khairil Anuar


2. Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Khairil Muqriz bin Kamarul


3. Pemain Harapan - Muhammad Akif Azeem bin Eril Putra


Syabas dan Tahniah. 

Jumpa lagi tahun hadapan. Semoga pasukan bola SEDSKA dapat mempertahankan kejuaraan ini buat kali ketiga pada tahun hadapan. amin.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post