Nature

TEMA NEGERI KELAHIRAN - HARI GURU 2023

 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH - TEMA NEGERI KELAHIRAN

HARI GURU 2023 SKKDSK

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi pada pendidik termasuk aku yang telah 27 tahun menjadi pendidik. Pada tahun ini Hari Guru peringkat kebangsaan bertemakan Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Bagi kami di peringkat sekolah juga menyambutnya dengan tema Negeri Kelahiran masing-masing. 

Oleh kerana keadaan cuaca panas yang tidak mengizinkan murid-murid berkumpul di tempat terbuka seperti dataran perhimpunan, maka kami mengambil inisiatif untuk berkumpul di dalam Dewan Sekolah yang amat sempit dan terhad. Oleh kerana pelajar yang ramai melebih 600 orang sesi pagi (Tahun 3 - 6) maka hanya murid Tahun 4 sahaja yang berkumpul di dewan. Murid lain berada di dalam kelas untuk aktiviti lain sempena hari guru ini. 

Tema Negeri Kelahiran ini agak menarik kerana kami dapat mengetahui negeri asal guru-guru. Kebanyakan mereka mengenakan baju yang melambangkan negeri mereka terutama baju jersi bola sepak. Ini kerana melalui jersi ini rata-rata sudah mengetahui negeri apakah itu?. Saya juga tidak ketinggalan mengenakan baju hijau kuning yang melambangkan negeri Kedah Darulaman.

Acara dijalankan seperti biasa dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Kami Guru Malaysia dan Bacaan Ikrar Guru. Juga membaca perutusan Menteri Pendidikan serta perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Juga diadakan acara sukaneka untuk guru. Guru dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. 

Majlis selesai pukul 10.00 pagi dan murid masuk ke kelas semula untuk sesi PdP. Pada sebelah malamnya diadakan Makan Malam sempena Hari Guru di Horizon Garden Seri Manjung. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah bagi acara sukaneka pagi tadi. 

Tahniah kepada semua guru dan juga Kelab Guru dan Kaki Tangan KGKT yang berjaya mengadakan sambutan Hari Guru tahun ini dengan sederhana tetapi meriah dan meninggalkan kesan yang positif.

Selamat Hari Guru

Terima Kasih Cikgu

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post