Nature

Teknik dan Aktiviti PDP - Teater Pembaca

 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Teater Pembaca

teater pembaca

Konsep

Melibatkan dua perlakuan yang dijalankan secara serentak dalam satu masa (Pembaca, Pelokon Watak)

Dikenali Teater Minda - Membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.

Sesuai dalam melatih ketrampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yang dilakonkan.

2 Cara Melaksanakan Aktiviti Teater

1. Pencerita berada dalam kelompok cerita - membaca skrip sambil berjalan ke arah murid yang wataknya sedang dibacakan. Murid berkenaan perlu berdiri dan membaca dialog wataknya.

2. Pencerita berada di luar kelompok bercerita - Membaca cerita dari suatu tempat lain. Murid yang memegang watak berdiri dan melangkah satu langkah ke hadapan dan membaca dialog.

Langkah Pelaksanaan

1. Pilih seorang murid yang boleh berperanan sebagai pencerita dan memulakan cerita berdasarkan skrip yang diberi.

2.  Kemudian, pilih beberapa orang murid lain. Berperanan sebagai watak yang terdapat dalam cerita.

3. Murid-murid yang mengambil bahagian boleh duduk atau berdiri dalam posisi separuh bulatan di hadapan penonton.

4. Murid yang menjadi pencerita perlu berada pada sebelah paling kanan penonton. Murid lain perlu melangkah setapak ke hadapan apabila tiba giliran membaca dialog.

5. Setelah tamat membaca dialog, murid tersebut perlu melangkah masuk semula ke lokasi sebelumnya.

6. Guru boleh guna kostium ringkas yang diperbuat daripada kertas surat khabar lama atau menyediakan tanda nama yang digantung pada leher murid mengikut nama-nama watak yang diwakilinya.

7. Murid-murid lain mencatat beberapa maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post