Nature

MEMEGANG AMANAH SEBAGAI SEORANG SETIAUSAHA PERSATUAN TAMAN

 AMANAH YANG PERLU DIPIKUL

setiausaha persatuan kebajikan penduduk taman kiara
Pada hari Ahad, 26 Februari yang lalu, sekali lagi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara Sitiawan Perak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya. Kali ini merupakan Mesyuarat Agung yang ke-12. Selama 12 tahun persatuan ini didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), telah 11 tahun saya memegang jawatan sebagai SETIAUSAHA persatuan. Setiap kali ada pelantikan baharu, nama saya tetap menjadi pilihan sebagai setiausaha. Ini kerana seorang guru memang sesuai untuk jawatan ini. Kerana guru biasa dengan kerja pengkeranian dan biasa menggunakan komputer untuk urusan surat menyurat dan menulis laporan dan minit mesyuarat.

Namun amanah ini saya pikul dengan penuh tanggungjawab. Setiap tahun tidak pernah gagal untuk mengadakan Mesyuarat Agung dan membentangkan laporan aktiviti tahunan. Terima kasih kepada pengerusi persatuan dan seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu dan mereka memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan semua aktiviti persatuan.

AJK Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post