Nature

KENAPA MURID SUSAH MEMBACA ?

KENAPA MURID SUSAH MEMBACA ?

MURID SUKAR MEMBACA

  1.  Tidak cukup kesediaan untuk membaca
  2. Kaedah yang menyusahkan
  3. Tidak cukup latihan yang menarik dan bermakna
  4. Tiada peneguhan atau pujian
  5. Murid yang tidak boleh membaca tidak dipulihkan segera
  6. Berlaku kelemahan yang bertimbun
Cara mengatasi.

Murid diajar mengikut kadar kebolehannya
  • Mengajar secara individu
  • Dalam kumpulan kecil
  • Tahap pencapaian yang hampir sama
  • Latih tubu
  • Buat ulangkaji yang berterusan
  • Kaitkan pengetahuan sedia ada murid.
Jadikan pelajaran menarik dan menyeronokkan
  • Buat cerita rekaan
  • Bacakan cerita kepada murid
  • Adakan pelbagai permainan
  • Menyanyi yang berkaitan
Murid harus rasa dia boleh membaca
  • Pada akhir setiap pelajaran, setiap murid harus rasa dia boleh membaca walaupun perkatan yang mudah
  • Dia harus merasa ada kamajuan membaca
  • Sediakan pelbagai bahan bacaan.
  • Beri pujian setiap kali murid membaca.
5 Kaedah Mengajar Membaca
  1. Kaedah Abjad
  2. Kaedah Fonik
  3. Kaedah Pandang dan Sebut (Seluruh perkataan)
  4. Kaedah Cerakin
  5. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
1. Kaedah Abjad

  • Menamakan huruf mengikut turutan.
  • Menamakan huruf mengikut rambang
  • Mengasingkan vokal dan kosenan
  • Memperkenalkan sukukata secara mengeja
  • Membaca perkataan, perneggan dan ayat.
2. Kaedah Fonik
  • Membunyikan setiap huruf: a b c…. dan seterusnya
  • Ajar bunyi konsenan yang mudah
  • (b k s t m r g n)
  • * jangan serentak mengajar kosonan yg hampir sama bentuk dan bunyinya:-
  • “b d m n m w u v”
  • Ini menyusahkan murid
3. Kaedah Pandang Sebut (Seluruh Perkataan)
  • Perkataan ditulis “cawan” dipapan tulis bersama gambar.
  • Murid menyebut “cawan” dan melihat gambar.
  • Kaedah ini hanya sesuai untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
  • (lebih kepada menghafal)
4. Kaedah Cerakin
  • Perkataan “cawan’ diajar dulu.
  • Asingkan mengikut sukukata:-
  •  “ca…….wan”
5. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
  • Murid diajar dalam 1/2 pelajaran saja.
  • Murid tak perlu tahu semua huruf.
  • Kaedah ini ini diasaskan kepada pendekatan binaan.
  • Pelajaran yang lalu asas untuk pelajaran yang seterusnya.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post