Nature

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2023/2024

 HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2023/2024

hari pertama sekolah sedska success

20 Mac 2023, merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024 untuk kumpulan B. Seawal 6.45 pagi sudah ada anak murid yang sampai. Mereka dan ibu bapa begitu bersemangat untuk kesekolah. Barisan pentadbir dan guru yang bertugas mingguan menyambut mutid-murid di pintu pagar sekolah. 

Terima kasih juga kepada CO-OPBANK Pertama Manjung yang turut sama meraikan ketibaan murid-murid ke sekolah pada hari pertama ini. Mereka memberi hadiah berupa hamper kepada 5 orang murid yang paling awal datang ke sekolah.

  

  

Pihak sekolah juga menyediakan hadiah berupa coklat kepada murid yang datang awal. Ia terhad kepada siapa cepat dia dapat. 

Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan lancar. Perhimpunan pagi seperti biasa. Selepas perhimpunan pagi, murid-murid masuk ke kelas untuk Program Mentor-Mentee. Selepas rehat, pembelajaran yang berbentuk didik hibur diadakan. Pada hari pertama ini Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris menjalankan aktivitinya.

Sepanjang minggu pertama ini perbagai program diadakan sehingga hari Jumaat. Antara programnya seperti berikut:-

program minggu pertama sekolah

SUASANA PAGI HARI PERTAMA
















Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post