Nature

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN IDENTITI MALAYSIA MADANI

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN IDENTITI MALAYSIA MADANI

malaysia MADANI

Apabila melihat logo Malaysia MADANI, kita akan mengenali jenama Malaysia MADANI.
Cara terbaik membina jenama Malaysia MADANI adalah melalui paparan yang jelas, konsisten dan mudah. Orang ramai akan mengenali suatu jenama, dengan satu visi yang kuat yang sentiasa dapat dibezakan dengan satu simbol yang kukuh, iaitu logo Malaysia MADANI. Semua yang ditawarkan oleh jenama Malaysia MADANI akan dikenalpasti melalui logo Malaysia MADANI.


Rasional logo Malaysia MADANI

Setiap ciri-ciri pada logo Malaysia MADANI mempunyai makna yang terperinci melambangkani wadah perjuangan segenap lapisan masyarakat bersama pemimpin negara. Dengan makna yang terperinci, logo Malaysia MADANI ini menjadi simbol, lambang penyatuan dan elemen penting untuk mengajak rakyat agar bersatu padu melibatkan diri dengan setiap program dan inisiatif Malaysia MADANI.

1 Jalur
Lima jari dengan jalur merah putih
merupakan simbolisme kepada Rukun
Negara, asas ideologi Malaysia

2 Bulatan
Bulatan berwarna biru menandakan
kebulatan muafakat dan perpaduan di
kalangan rakyat

3 Bulan Sabit
Bulan merupakan simbol agama Islam
sebagai agama Persekutuan

4 Bintang
Bintang berbucu 14 menandakan
perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan
Wilayah Persekutuan

5 Warna Putih
Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat
murni

6 Warna Merah
Keberanian, jatidiri dan keazaman

7 Warna Kuning
Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan
tempatan

8 Warna Biru
Kesatuan nasional, keterangkuman dan
persaudaraan

Warna jenama Malaysia MADANI


Warna logo Malaysia MADANI adalah biru, merah dan kuning adalah simbol jenama Malaysia MADANI yang mudah dikenalpasti secara serta-merta.

Warna biru, merah dan kuning jenama Malaysia MADANI melambangkan kekuatan, keunikan dan warisan Malaysia dalam mengukuhkan pengiktirafan jenama Malaysia MADANI.

Melalui penggunaan berserta tujuan yang jelas secara konsisten, warna ini dapat menjadikan pengiktirafan Malaysia MADANI lebih kuat dan kukuh dari semasa ke semasa.

Gunakan palet warna utama kerana ia adalah kaedah mengenalpasti visual utama. Palet warna sekunder juga telah disediakan untuk kepelbagaian dan kebolehsuaian.

Versi sah Logo Malaysia MADANI


Asasnya, logo Malaysia MADANI menggunakan warna biru, kuning, putih dan merah sebagai kaedah terbaik dan jelas menunjukkan identiti jenama Malaysia MADANI. Namun, dalam beberapa keadaan atau sebab yang praktikal, versi lain yang boleh digunakan hanya seperti berikut; 

1 Logo Malaysia MADANI berwarna (A dan B) biru, kuning, merah dan putih merupakan versi standard dalam membina Jenama Malaysia MADANI secara konsisten. 

2 Logo Malaysia MADANI hitam putih yang dibenarkan atas sebab praktikal.

3 Logo Malaysia MADANI hitam terbalik yang dibenarkan atas sebab praktikal. 

4 Logo Malaysia MADANI putih terbalik yang dibenarkan atas sebab praktikal. 

Versi lain logo Malaysia MADANI tidak dibenarkan.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post