Nature

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2023/1444H

 SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2023/1444H

imam muda nazrul

Hari ini, Jumaat, 17 Februari 2023, SK Kpg Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak (SEDSKA) mengadakan Program Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah. Hari ini juga merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2022/2023. 

Majlis dimulakan dengan ucapan dua orang guru yang akan bersara, yang mana sambutan persaraan mereka telah diadakan pada 15 Februari yang lalu. Majlis memberi kesempatan kepada mereka berdua untuk memberikan ucapan terakhir kepada seluruh warga SEDSKA terutama murid-murid. Mereka ialan h PK HEM , iaitu Puan Noor Azura binti Aziz dan Hajah Pairus binti Mohd Kassim Guru Pendidikan Islam.

Selepas ketibaan penceramah, iaitu Imam Muda Nazrul, majlis dimulakan dengan persembahan qasidah oleh murid-murid. Imam muda Nazrul meneruskan majlis dengan ceramah israk mikrajnya dan beliau lebih menekankan tentang solat dalam kalangan murid-murid sekolah.

Program ini dipancarkan secara langsung di Facebook SEDSKA, Youtube SEDSKA dan Youtube PSS Ilmi Umar. Anda boleh saksikan siaran ulangan di channel yang saya nyatakan di atas.






Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post