Nature

PENYELESAIAM MASALAH DALAM MATEMATIK -sambungan

 PENYELESAIAM MASALAH DALAM MATEMATIK


SAMBUNGAN............

4.  Strategi Penyelesaian Masalah 

Strategi umum merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan.

Strategi 1 : Teka dan Uji

Strategi teka dan uji merupakan strategi penyelesaian masalah yang paling asas. Strategi ini menggalakkan kita membuat tekaan dan menguji samada jawapan kita betul atau salah. Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui. Langkah-langkah dalam strategi ini adalah seperti berikut:

Teka jawapan
Semak jawapan yang diteka. Adakah ia penyelesaian kepada masalah tersebut?
Gunakan maklumat yang disemak untuk meneka jawapan lain.
Ulang langkah di atas sehingga anda mendapat jawapan yang betul.

 Contoh 1:



sun dan fun mewakili dua nombor tiga digit dan swim adalah hasil tambah empat digit bagi kedua nombor tersebut. Dengan menggunakan digit 0, 1, 2, 3, 6, 7 dan 9 sebagai mewakili satu abjad di atas, cari nilai bagi setiap abjad.

Penyelesaian:

Langkah 1 : Memahami masalah

Setiap abjad dalam sun, fun dan swim hendaklah digantikan dengan digit 0, 1, 2, 3, 6, 7 dan 9 untuk mendapatkan jumlah yang tepat. Dua digit terakhir sun dan fun adalah sama.

Langkah 2: Merancang penyelesaian

Gunakan strategi teka dan uji. Apabila abjad n digantikan dengan salah salah daripada digit maka, n + n mesti m atau 10 + m.
Memandangkan 1 + 1 = 2, 3 + 3 = 6 dan 6 + 6 = 12, terdapat 3 nilai yang mungkin bagi n iaitu 1, 3 atau 6.

Langkah 3: Melaksanakan penyelesaian

Jika n = 1, maka n + n = 1 + 1 = 2. Oleh itu, m = 2

Jika n = 3, maka n + n = 3 + 3 = 6. Oleh itu, m = 6

Jika n = 6, maka n + n = 6 + 6 = 12. Oleh itu, 10 + m = 12, maka m = 2.

Perhatikan bahawa sun dan fun adalah nombor 3 digit manakala swim ialah nombor empat digit. Oleh itu, apabila s dan f ditambah nilainya sudah menjadi ribu. Maka, nilai untuk s dalam swin adalah 1. Ini memberikan hanya dua pilihan untuk n iaitu 3 atau 6. Memandangkan s + f adalah nombor dua digit dan s = 1, maka f= 9. Terdapat dua kemungkinan:

Dalam (a), jika u = 0, 2 atau 7, tiada nilai yang mungkin bagi i dalam digit yang tinggal.
Dalam (b), jika u = 3, maka u + u ditambah dengan digit puluh dari 6 + 6 memberikan i = 7. Ini bermakna w = 0. Oleh itu, jawapannya ialah s = 1, n = 6, f = 9, I = 7 dan       w = 0.

Langkah 4: Menyemak Semula

Semak semula jawapan dengan menggantikan nilai yang diperolehi tadi untuk memastikan bahawa jawapan itu betul.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post