Nature

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 2022/2023

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 2022/2023

Majlis Apresiasi Kokurikulum
SK Kpg Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak.

Satu majlis bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan murid-murid dalam sukan dan ko-akademik sepanjang Tahun 2022 dan 2023 telah diadakan di Restoran Horizon Garden Seri Manjung. Program ini dinamakan Majlis Apresiasi Kokurikulum bagi sesi persekolahan Tahun 2022/2023.

Majlis ini mengumpulkan penyumbang pingat atau piala bagi semua pertandingan yang disertai oleh murid-murid dalam peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Seramai 60 murid yang terlibat dalam pelbagai jenis sukan dan ko-akademik. Antaranya ialah, pasukan bola sepak, pasukan hoki perempuan, pasukan ragbi, pasukan bola tampar perempuan, acara lompat tali, boling tenpin, olahraga, memanah, English Cyber Space, Pendidikan Islam , Unit beruniform dan lain-lain.

Antara anugerah yang diberikan seperti Anugerah Khas bagi murid yang mewakili daerah ke peringkat kebangsaan dan negeri, anugerah kepada yang menyumbangkan pingat emas, atau perak, atau gangsa dalam peringkat daerah atau negeri.

Terima kasih kepada semua yang hadir, Guru Besar, NYDP PIBG, Barisan Pentadbir, Jurulatih, Pengurus Pasukan, guru-guru dan semua murid-murid yang terpilih.

Tahniah dan syabas semua. Semoga sesi persekolahan Tahun 2023/2024 Pasukan SEDSKA terus cemerlang dan terbilang.

MAJU TERUS MAJU

Galeri Foto:
Foto Kemenjadian Murid yang dijadikan banting dan di pasang di kawasan sekolah:-

  

  

  

  

  

  

  

 

Gambar sekitar Majlis Apresiasi Kokurikulum 2022/2023

 
















Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post